Skip to content

KONGSI KEFAHAMAN SITUASI, PERKEMBANGAN PGGMB

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 4 november – Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) hari ini mengadakan sesi taklimat yang di hadiri oleh kurang 50 guru membincangkan mengenai perkembangan terkini yang di sampaikan oleh Setiausaha Agung PGGMB Awnag Haji Mustapa bin Haji Masri yang diadakan di Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja.

Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai dengan sejarah penubuhan PGGMB pengurusan dan pentadbiran PGGMB, kemajuan PGGMB syarat-syarat keahlina, faedah-faedah mejadi ahli dan mempelawa guru-guru menjadi Ahli PGGMB sebagai generasi penyambung survival dan kelangsungan PGGMB pada masa akan datang.

Yang Dipetua PGGMB Awang Haji Abdul Alim bin Haji Awang Othman juga berpeluang menjawab beberapa soalan dan kemusykilan daripada guru-guru yang hadir dalam sesi taklimat berkenaan.

Antara tujuan taklimat ini diadakan ialah untuk menarik minat para guru untuk menjadi ahli persekutuan, memberikan kefahaman mengenai situasi dan perkembangan PGGMB masa ini dan mencari bakal-bakal pemimpin pelapis siapa yang akan menerajui pucuk pemimpinan PGGMB ini.

Turut hadir Pengetua Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Awang Haji Malai shah Eran bin Syed Haji Yussof Al-Idrus; Setiausaha Kewangan PGGMB Awang Haji Juned bin Haji Ramli; Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri PGGMB), Awang Haji Yahya bin Haji Mirasan dan guru-guru kanan Sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *