Skip to content

Syarat menjadi Ahli :-

Guru Melayu atau Pegawai Melayu warganegara Brunei Darussalam yang berumur tidak lebih daripada 45 tahun dan berkhidmat dengan Kerajaan secara tetap yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam bidang pendidikan dan tenaga pengajar yang bertugas di Institusi-Institusi Pendidikan di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang tidak menjadi ahli kepada persekutuan atau persatuan yang mempunyai persamaan dasar dan tujuan dengan PGGMB.

Terdapat 3 jenis keahlian :-

  1. Ahli-ahli individu biasa – layak bagi mereka yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan
  2. Mengaitkan ahli-ahli individu – layak bagi mereka yang berpindah ke kementerian kerajaan yang lain atau bersara dari berkhidmat di kementerian kerajaan dan tinggal di negara ini.
  3. Ahli-ahli individu kehormat – layak bagi mereka yang mencapai usia persaraan 55 tahun.

Hak Ahli :-

Kecuali mengenai perkara-perkara yang tertentu dalam Perlembagaan PGGMB ini, setiap ahli adalah mempunyai hak yang sama.
Selain daripada ceraian (1), hak ahli-ahli adalah seperti di bawah ini :-

  1. Ahli Biasa dan Ahi Bersekutu, tertakluk kepada bab IV bahagian II dan bab VII bahagian III adalah mempunyai hak mengundi, menyuarakan pendapat dan boleh dipilih menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Persekutuan ini.
  2. Ahli Kehormat mempunyai hak yang sama seperti ceraian (2)(a) kecuali tidak boleh menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB.

Kewajiban Ahli :-

Setiap ahli adalah mempunyai kewajipan yang termesti untuk patuh kepada Perlembagaan dan peraturan-peraturan PGGMB.

Setiap ahli diwajibkan membayar yuran pendaftaran dan yuran bulanan dengan kadar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Perwakialn PGGMB dari semasa ke semasa kecuali Ahli Kehormat.

Setiap ahli dimestikan memberi sumbangan kewangan kepada Yayasan Pendidikan dan Biasiswa PGGMB dengan kadar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan PGGMB dari semasa ke semasa.

Setiap ahli dimestikan memberi derma kewangan kepada Derma Kebajikan PGGMB dengan kadar yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agong Perwakilan PGGMB dari semasa ke semasa.

Sebab-sebab ahli akan lucut daripada menjadi ahli :-

Meninggal dunia – jika ahli yang meninggal itu mempunyai modal di mana-mana Bahagian PGGMB, warisnya boleh menuntut modal tersebut tertakluk kepada undang-undang Bahagian berkenaan.

Dibenarkan oleh Jawatankuasa Tertinggi atas permintaannya secara bertulis kepada Setiausaha Agung.

Diberhentikan kerja oleh kerajaan kerana perkara disiplin.

Cara memasuki menjadi Ahli :-

Guru-guru Melayu seperti dalam fasal 1 di atas dalam bab ini boleh memohon menjadi ahli dengan mengisi borang yang telah disediakan.

*Permohonan Ahli juga boleh dibuat melalui dalam talian. Sila klik pautan tersebut untuk membuat permohonan : Borang Masuk Menjadi Ahli PGGMB Dalam Talian

Keputusan permohonan akan dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi setelah meneliti Borang Masuk Menjadi Ahli PGGMB yang telah diisikan oleh pemohon.