Bahagian Kebajikan PGGMB menyelenggara permohonan ahli-ahli untuk mendapatkan bantuan derma kebajikan suka dan duka kerana kematian, perkahwinan, menunaikan ibadat haji dan bagi anak yatim. Sumbangan derma adalah dalam bentuk kewangan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
Perkhawinan ( Perkahwinan yang sah daripada segi agama, adat resam atau Undang-Undang Negeri yang berlangsung ketika menjadi ahli PGGMB ). Ahli sendiri – $700.00
Anak ahli – $600.00
Anak angkat ahli – $600.00
Meninggal Dunia (Ketika menjadi ahli PGGMB) Ahli sendiri – $2,500.00
Suami/isteri – $700.00
Anak ahli, anak angkat ahli, ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua ahli – $500.00
Anak Yatim (Anak kepada ahli PGGMB yang meninggal dunia, dan anak angkat yang sah daripada segi Undang-Undang Negeri kepada ahli yang meninggal dunia). Salah seorang ibu atau bapa ahli – $15.00
Kedua ibu bapa – $30.00
Menunaikan Ibadat Haji Ahli – $700.00
Derma bantuan kerana bencana mala petaka dan kebajikan masyarakat (banyak derma ditentukan oleh Jawatankuasa Kebajikan).
NOTA
Derma hanya akan diberi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Derma Kebajikan PGGMB dalam Bab IV (Kewangan) dan No.3 (syarat), Bab V (Penerima Derma), yang antaranya menekankan perkara-perkara seperti berikut: Patuh menjelaskan yuran derma yang ditetapkan dalam Bab IV Fasal I Undang-Undang ini dan yuran bulanan yang ditetapkan dalam Bab IV Fasal 4 ceraian (1)(b) Undang-Undang Tubuh PGGMB.
Mana-mana ahli yang didapati ingkar pada ceraian (a) di atas mestilah menjelaskan terlebih dahulu sebanyak jumlah yang berkenaan.
Tiada membekukan hutang piutang kepada mana-mana bahagian dalam PGGMB. Jika ada, hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.
Tertakluk kepada ceraian-ceraian (a), (b) dan (c) di atas, derma hanya diberikan setelah pemohom menjadi ahli PGGMB selama satu tahun.