Skip to content

TENTANG PGGMB

SEJARAH PGGMB

Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) ditubuhkan pada tahun 1937 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 1939, sebagai persatuan kebajikan dan profesional dengan sistem pemerintahan demokratik. Penubuhan PGGMB berdasarkan semangat patriotisme dan nasionalisme, diilhamkan oleh insiatif anggota pengasasnya, yang juga merupakan guru yang telah menamatkanpengajian di Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak Negeri Malaysia.

Selepas Perang Dunia ke-2, persatuan menjadi lebih penting dalam perjuangannya untuk meningkatkan taraf hidup guru-guru melayu di Brunei. Pada masa itu, PGGMB mempunyai premis pejabatnya sendiri yang dibina pada tahun 1965 di Bandar Brunei. Pejabat Bangunan lama dibina semula pada tahun 2003 dan dinaik taraf menjadi bangunan yang moden mempunyai 17 tingkat yang pada masa ini, berdiri sebagai mercu tanda di Bandar Seri Begawan, ibu kota Negara Brunei Darussalam.

VISI

Menjadikan PGGMB sebagai sebuah persatuan yang dedikasi dan berwibawa dalam meningkatkan kesejahteraan ahli-ahli dan memberi keutamaan terhadap kebajikan serta kepentingan ahli-ahli, termasuk kepentingan dan kebajaikan bangsa Melayu, guru-guru, ahli professional, pelajar dan ibu bapa.

MISI

  • Untuk mengumpul keseluruhan guru-guru Melayu Brunei di bawah satu bumbung bagi mencapai satu kata sepakat dan membuat keputusan bersama lebih dinamik.
  • Meningkatkan tahap sosial dan ekonomi ahli-ahli. Sememangnya tujuan asalnya, ingin membantu guru-guru mengurangkan beban ekonominya sekaligus meningkatkan tahap sosial, dengan itu lebih banyak penumpuan aktiviti-aktiviti kepada mengembangkan bidang ekonomi.
  • Meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Negara Brunei Darussalam khususnya ahli dan anak-anak ahli PGGMB.