
BANDAR SERI BEGAWAN 20 OKT – Seramai 300 Bakal jemaah umrah yang mengikuti perkhidmatan umrah yang mengikuti perkhidmatan umrah PGGMB Travel Service Sdn Bhd, hari ini menghadiri Taklimat Bimbingan Umrah yang julung kalinya diadakan sebagai mempersiapkan para jemaah sebelum ke tanah suci, di Dewan Sekolah Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB), Sungai Akar.
Hadir pada sesi taklimat itu, Yang Dipertua PGGMB, Haji Badar bin Haji Mohd Ali seta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB, dan bakal-bakal jemaah umrah tahun ini.
kumpulan petama para Jemaah akan betolak pada 24 Oktober dan akan diteruskan dengan beberapa kumpulan lain sepanjang bulan Disember ini.
Sesi taklimat diserikan dengan Ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai unit Kaunseling di Kementerian Pendidikan, Haji Sammali bin Haji Adam.
Haji Sammali dalam Taklimatnya antara lain mengariskan, cara mengurusan dan perjalanan di sepanjang pengerjakan ibadah umrah sebagai bimbingan dan persiapan jemaah untuk melaksanakan perjalanan ibadah umrah dengan lebih baik dan teratur.
Di majlis itu, para jemaah juga mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh syarikat pengendali pakej umrah yang dilantik oleh PGGMB untuk mengendalikan dan membimbing jemaah semasa di tanah suci nanti.
Dengan adanya taklimat itu, ia diharap akan mendatangkan manfaat kepada semua jemaah seblum dan sesudah menunaikan ibadah umrah, dan majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.