Skip to content

PGGMB terima Lawatan Muhibah Persatuan Besara, Sarawak

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 Oktober 2024. – Seramai 24 orang guru dari Persatuan Besara Sarawak telah mengadakan Lawatan Muhibah ke Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) petang tadi yang diketuai oleh Dayang Noraimi bini Ambon. Tujuan utama lawatan berkenaan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan membuat jaringan kerjasama dengan PGGMB dan mempelajari pengurusan serta pentadbiran PGGMB dalam mengelola dan mengurus tadbir pesekutuan ini dengan baiknya.

Rombongan Lawatan telah dialu-alukan oleh Yang Dipetua PGGMB, Awang Haji Abdul Alim bin Haji Awang Othman dan Jawatankuasa Tertinggi dan JK Tadbir PGGMB.

Yang Dipertua melahirkan ucapan penghargaan kepada delegasi rombongan kerana sudi mengadakan Lawatan Muhibah ke PGGMB, selain itu beliau juga mengongsikan bahawa pGGMBakan menyambut 85 Tahun penubuhannya pada 1 November 2024.

Di samping itu, beliau juga turut mengongsikan beberapa perancangan sempena 100 tahun PGGMB dan berharap agar lawatan tersebut akan dapat memberikan mandaat kepada deligasi rombongan.

Seterusnya taklimat tingkat telah disampaikan oleh Setiausaha Agung PGGMB, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri yang menerangkan tentang Sejarah Penubuhan PGGMB dari 1937 hingga kini, pengurusan serta pentadbiran PGGMB, perkembangan dan kemajuan PGGMB dan aktiviti-aktiviti dan rancangan yang sedang dan telah dilaksanakan san telah dirancang sempena 100 Tahun Penubuhan PGGMB.

Setelah itu, ucapan balas telah disampaikan oleh Dayang Noraimi yang berasa kagum atas kejayaan dan pencapaian yang telah dicapai oleh PGGMB dan beliaujuga bersyukur kerja dapat berpeluang mengadakan lawatan ke PGGMB dan berkunjung ke Negera Brunei Darussalam.

Beliau Juga ingin menjemputan PGGMB melawat ke persatuan mereka dan berharap semoga lawatan dan jaringan ini akan dapat menjalinkan lagi manfaat oleh kedua-dua persatuaan bekenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *