PGGMB akan terus terlibat dalam program pendidikan kerajaan, baik di peringkat nasional dan wilayah. Sejak Sedekad yang lalu, PGGMB telah berperanan dalam membantu perkembangan perkhidmatan pendidikan untuk golongan orang-orang muda di Brunei.
PGGMB sudah lama mengekalkan dan membina kerjasama dan hubungan erat dengan organisasi pendidikan dan persatuan guru-guru di luar negara. Kerjasama yang erat diperkuatkan lagi ketika PGGMB menyertai ASEAN Dewan Guru atau ASEAN Council of Teachers(ACT) pada December 1984, sebagai anggota ahli yang keenam Dewan Guru yang terbesar di negara-negara ASEAN. ASEAN Council of Teaches atau Dewan Guru ASEAN telah mengadakan konvensyen tahunan yang memberi peluang kepada guru-guru untuk bertemu secara berkala dan membincangkan kepentingan bersama. Konvensyen ACT yang pertama telah diadakan di Bangkok, Thailand pada tahun 1979. Brunei Darussalam menjadi tuan rumah konvensyen pada tahun 1985, 1993, 2002, 2012, dan pada tahun 2019 telah pun menjadi tuan rumah bagi Konvensyen ACT yang ke-35 (kini dikenali sebagai ACT+1 Konvensyen).