Pertemuan Guru-Guru Nusantara

 

25 September 2019 - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) menjadi tuan rumah kepada persidangan Pertemuan Guru-Guru Nusantara (PGN)  Ke-18 yang diadakan selama dua hari bermula 25-26 September 2019. Lebih 90 perserta menyertai persidangan tersebut yang mewakili ahli-ahli persatuan-persatuan guru melayu daripada negara-negara anggota PGN iaitu PGGMB, Persatuan Guru Republik Indonesia, Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat dan Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura. Tema persidangan membawa tajuk “Pendidikan Global Pertahan Jati Diri”. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi ialah Yang Mulia Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Md Salleh, Pemangku Menteri Pendidikan NBD. Majlis berlangsung di Holiday Lodge Hotel, Jerudong.  Persidangan PGN Ke-18 diadakan serentak dengan tahun ke-80 usia PGGMB dan perayaan Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-29 tahun.

Pembentang-pembentang kertas kerja persidangan daripada Negara Brunei Darussalam ialah  Dr Hj Rozaiman bin Makmun (pembentang Kertas Kerja Perdana) daripada Universiti Brunei Darussalam dan Dr Hajah Norhana binti Hj Abdulah (pembentang Kertas Kerja Sub-Tema). Persatuan Guru Republik Indonesia akan menjadi tuan rumah PGN Ke-19, 2020.