Bahagian ini berperanan dalam mengunkyahkan aktiviti-aktiviti dalam meningkatkan/memajukan semata-mata untuk imej PGGMB di mata masyarakat khusunya kepada ahli-ahli yang menyayangi PGGMB terutama sekali ahli-ahli yang mempunyai bakat seni dan aktif dalam berbagai kegiatan/aktiviti yang mereka sukai bergiat.
Bahagian ini telah aktif dalam mengikuti majlis-majlis / acara-acara yang di anjurkan oleh PGGMB dan tidak ketinggalan ikut menyertai majlis-majlis yang dianjurkan oleh PGGMB dan tidak ketinggalan ikut menyertai majlis-majlis yang dianjurkan oleh dalam Negara dan Negara-Negara ASEAN.
Bahagian ini juga telah aktif dalam bahagian Guling Tangan, Koir dan Hadrah terutama dalam mengikuti persembahan-persembahan di majlis-majlis hari kebesaran Negara dan Hari Keputeraan KDYMM dan persembahan semasa ACT dan PGN yang di adakan di Negara ini. Di samping itu, tidak ketinggalan Sekolah-Sekolah PGGMB Sungai Akar dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Cawangan Madang dan Sekolah Tunas Jaya PGGMB Cawangan Lambak.
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian ini sangat mengharapkan untuk memertabatkan/menyemarakan lagi seni budaya warisan bangsa Brunei yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja(MIB) dengan penuh semangat dan menghayati seni budaya kita yang diberkati oleh Allah Subahanahuwata'ala.