Ahli PGGMB Lawat Daerah Temburong

18 Oktober 2020 - Seramai 32 orang ahli dan kakitangan Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan lawatan muhibah ke Daerah Temburong sebagai aktiviti tahunan persekutuan.

Lawatan rombongna yang diketuai oleh Yang Dipertua PGGMB, Haji Yussof bin Haji Mohamad, itu bermatlamat untuk mengeratkan hubungan kerjasam dengan ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir PGGMB di daerah berkenaan dan mendedahkan ahli-ahli kepada kegiatan-kegiatan ekonomi yang boleh dijadikan contoh dan diambil manfaat oleh PGGMB.

Rombongan memulakan lawatan ke Balai Raya Kampung Puni di mana mereka dialu-alukan oleh Penghulu Mukim Bangar, Haji Abdul Rahman bin Merusin.

Di sana, rombongan mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pemangku Ketua Kampung Puni, Awang Hashawari bin Haji Abdul Rahman, mengenai struktur pentadbiran Majlis Perundingan Kampung (MPK) Puni dan produk-produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli MPK iaitu telur masin yang merupakan hasil produk utama kampung berkenaan.

Rombongan meneruskan lawatan ke Rumah Panjang Kampung Sibut dan menyaksikan hasil-hasil jualan kraf tangan, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dihasilkan oleh penduduk kampung. Para pelawat juga menyaksikan pakaian tradisi Puak Iban.

Taman Batang Duri antara tempat tarikan pelancong yang terletak berdekatan kampung itu.

Rombongan meneruskan lawatan ke MPK Menengah, Mukim Bangar di mana rombongan dialu-alukan oleh Ketua Kampung, Ampuan Husin Bin Ampuan Haji Mohd Tahir.

Hasil utama kampung itu ialah Kuih Karipap. Atur cara lawatan diakhiri di Taman Bukit Patoi.

 

Foto Galeri -->