Kempen Kerja Amal Sayangi Sekolah Ku

30 Ogos 2020 - PGGMB mengadakan kempen membersihkan kawasan Sekolah Tunas Jaya PGGMB cawangan Madang, yang diketuai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan disertai oleh ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir, guru-guru besar, guru-guru dan kakitangan sekolah. Projek ini dikenali sebagai "Kempen Kerja Amal Sayangi Sekolah Ku" yang diilhamkan oleh Setiausaha Agung PGGMB.

Dibina dalam tahun 1995, kawasan STJ Madang mengalami beberapa kerosakan dan memerlukan pembaikkan segera. Antara kerosakan besar diakibatkan oleh tanah terturun yang menjejaskan tapak bangunan bilik-bilik darjah dan tandas murid-murid. Projek serupa ini akan diteruskan dari semasa ke semasa demi untuk mempastikan kesejahteraan guru-guru dan murid-murid.