Lawatan Guru-Guru Sejarah Ke PGGMB

26 Ogos 2020 - Seramai 26 orang pegawai-pegawai pelajaran dan guru-guru Mata Pelajaran Sejarah daripada sekolah-sekolah menengah kerajaan membuat lawatan belajar ke Ibu Pejabat Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang diketuai oleh Cikgu Ak Haziq Al Mukhtar bin Pg Hj Shahbudin, Setiausaha Pertama, History School-Based Committee (SBC), yang berpusat di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar.

Ini merupakan lawatan kali pertama ke PGGMB yang bertujuan untuk mengetahui lebih dekat sejarah awal penubuhan PGGMB. Fakta-fakta sejarah yang diperolehi daripada lawatan ini menambah pengetahuan untuk dikongsi sama dengan penuntut-penuntut. Antara tujuan lain ialah untuk menyerapkan sejarah penubuhan PGGMB ke dalam kurikulum sekolah agar generasi muda hari ini mengetahui tentang tujuan dan matlamat PGGMB ditubuhkan, 81 tahun yang lalu dan masih wujud hingga sekarang.