Rawatan Darusysyifa' Warrafahah Di STJ Madang

25 Ogos 2020 - PGGMB menjemput perawat-perawat daripada Pusat Rawatan Darusysyifa' Warrafahah Negara Brunei Darussalam sebagai ikhtiar untuk memelihara kawasan STJ Madang daripada gangguan makhluk halus. Majlis diadakan disebelah petanf dan dihadiri oleh Yang Dipertua PGGMB serta beberapa orang ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Tadbir yang lain. Guru Besar dan guru-guru sekolah juga turut hadir.

STJ Madang di bina dalam tahun 1995 dan terletak di Kampong Madang di satu Kawasan sebahagiannya masih dikelilingi oleh hutan. Walau bagaimanapun, gangguan-gangguan ini tidak menjejaskan pembelajaran serta keselematan murid-murid.