Lawatan Kerja Ke Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Kuala Belait

18 Ogos 2020 - Yang dipertua PGGMB, Cikgu Hj Yussof bin Hj Mohamad, serta beberapa orang ahli-ahli Jawatankuasa Tadbir PGGMB dan pemeriksa kira-kira daripada Ibu Pejabat PGGMB, membuat lawatan kerja ke Sekolah Tunas Jaya PGGMB, Kuala Belait untuk mengetahui perjalanan pentadbiran sekolah dan melihat suasana pembelajaran dalam bilik-bilik darjah, untuk mempestikan garispandu langkah-langkah pencegahan kawalan COVID-19 dipatuhi oleh pentadbiran sekolah.

Ketibaan rombongan dialu-alukan oleh Guru Besar sekolah, Cikgu Sufiah binti Hj Hassim. Antara yang dibincangkan pembayaran yuran sekolah, persediaan peperiksaan PSR, kemudahan-kemudahan peralatan keselamatan sekolah, serta kebajikan guru-guru dan kakitangan  sekolah. Sambutan Jubli Perak (Silver jubilee) sekolah SJT Kuala Belait  juga dibincangkan dan pihak sekolah dianjurkan untuk mengadakan sambutan ini dalam bulan Disember 2020. Sekolah STJ Kuala Belait dibina dalam tahun 1995.