IITFT, PGGMB METERAI MOU

11 Ogos 2020 - Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) dan Insurans Islam Taib Family Takaful Sendirian Berhad (IITFT) hari ini menandatangani satu Perjanjian Persefahaman untuk berkerjasama dalam pemasaran dan penawaran Pelan Takaful Gadai Janji (MTP) kepada ahli-ahli  PGGMB. Melalui perjanjian ini, ahli-ahli PGGMB akan mendapat perlindungan daripada MTP bagi pembiayaan peribadi. Baki perjanjian pembiayaan bersama PGGMB akan dilindungi oleh Insurans Islam Taib Family Takaful sepanjang tempoh pembiayaan. 

Penandatangani perjanjian ini merupakan lambaran baharu dalam sejarah penubuhan PGGMB, dan secara langsung meningkatkan nilai urus tadbir  Syarikat Kerjasama Jimat Cermat dan Bantu Membantu PGGMB. Selain itu, ianya dihasratkan untuk menjalin dan meningkatkan hubungan perniagaan diantara kedua belah pihak.

Menandatangani bagi pihak PGGMB ialah Haji Yusof bin Hj Mohamad, Yang Dipertua PGGMB dan Hj Awg. Abdul Alim bin Hj Awg. Othman, Setiausaha Agung PGGMB. Manakala, Insurans Islam TAIB Family Takaful Sendirian Berhad diwakili oleh Hajah Nornaimah binti Hj Zainip, Acting Managing Director, dan Hj Shamsul bin Hj Muhamad, General Manager of Family Takaful. Majlis diadakan di Ibu Pejabat PGGMB, Tingkat 5, Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan.