Aktiviti-Aktiviti

Taklimat Insurans ISLAM TAIB Family Takaful

02 Julai 2020 - Lebih 12 orang ahli-ahli PGGMB mendengar taklimat mengenai Perancangan Kewangan Asas anjuran Insurans TAIB Family Takaful Sendirian Berhad yang  diadakan  di Ibupejabat PGGMB, Tingkat 5, Bangunan PGGMB, Bandar Seri Begawan. Antara yang hadir ialah Yang Dipertua PGGMB, Cikgu Hj Yussof bin Hj Mohamad.

Taklimat disampaikan oleh Pengurus Am Insuran Islam TAIB Family Takaful Awang Hj Shamsul  bin Hj Muhamad, yang disertai oleh 2 orang pegawai. Taklimat tersebut memberi penekanan kepada persediaan kewangan peribadi jangka pendek dan jangka panjang yang lebih teratur. Taklimat ini memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada individu dalam mengurus dan memperbaiki kedudukan kewangan peribadi melalui khidmat nasihat yang bersistematik. Ahli-ahli PGGMB dialu-alukan untuk menyertai perkhidmatan ini.