Aktiviti-Aktiviti

Perjumpaan JKTT PGGMB Dengan Pihak Einstein Nakhoda Institute Of Medicine And Health

 

11 Julai 2020 - Satu perjumpaan khas diadakan diantara ahli-ahli JKTT PGGMB dengan pihak Einstein Nakhoda Intitute of Medicine And Health (ENIOMAHS) untuk meneliti draf kontrak perjanjian penyewaan diantara PGGMB dengan Einstein Nakhoda Institute. Majlis berlangsung di Sekolah PGGMB Sungai Akar. JKTT PGGMB diketuai oleh Cikgu Hj Yusoff bin Hj Mohamad, Yang Dipertua PGGMB, manakala ENIOMAHS diketuai oleh Dr Hj Mohd. Yusni bin Hj Mohd Yasin.
Pihak ENIOMAHS  berhasrat untuk menyewa Blok C Bangnan Sekolah PGGMB Sungai Akar untuk tempoh 10 tahun menjalankan kursus-kursus kemahiran dalam bidang ‘Health Education” dengan tujuan untuk memenuhi keperluan negara dalam bidang-bidang “professional Health Workers “. Antara kursus-kursus yang akan ditawarkan ialah dalam bidang-bidang Foundation Sains, Medical Science, dan Nursing, di peringkat ijazah sarjana muda dan diploma.