Bahagian Kebajikan
Bahagian Kebajikan PGGMB menyelenggara permohonan ahli-ahli untuk mendapatkan bantuan derma kebajikan suka dan duka kerana kematian, perkahwinan, menunaikan ibadat haji dan bagi anak yatim. Sumbangan derma adalah dalam bentuk kewangan mengikut kategori-kategori seperti berikut:
- Perkhawinan ( Perkahwinan yang sah daripada segi agama, adat resam atau Undang-Undang Negeri yang berlangsung ketika menjadi ahli PGGMB ).
- Ahli sendiri - $700.00
- Anak ahli - $600.00
- Anak angkat ahli - $600.00
- Meninggal Dunia (Ketika menjadi ahli PGGMB)
- Ahli sendiri - $2,500.00
- Suami/isteri - $700.00
- Anak ahli, anak angkat ahli, ibu, bapa, ibu mertua dan bapa mertua ahli - $500.00
- Anak Yatim (Anak kepada ahli PGGMB yang meninggal dunia, dan anak angkat yang sah daripada segi Undang-Undang Negeri kepada ahli yang meninggal dunia).
- Salah seorang ibu atau bapa ahli - $15.00
- Kedua ibu bapa - $30.00
- Menunaikan Ibadat Haji
- Ahli - $700.00
- Derma bantuan kerana bencana mala petaka dan kebajikan masyarakat (banyak derma ditentukan oleh Jawatankuasa Kebajikan).
NOTA
- Derma hanya akan diberi mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Derma Kebajikan PGGMB dalam Bab IV (Kewangan) dan No.3 (syarat), Bab V (Penerima Derma), yang antaranya menekankan perkara-perkara seperti berikut:
- Patuh menjelaskan yuran derma yang ditetapkan dalam Bab IV Fasal I Undang-Undang ini dan yuran bulanan yang ditetapkan dalam Bab IV Fasal 4 ceraian (1)(b) Undang-Undang Tubuh PGGMB.
- Mana-mana ahli yang didapati ingkar pada ceraian (a) di atas mestilah menjelaskan terlebih dahulu sebanyak jumlah yang berkenaan.
- Tiada membekukan hutang piutang kepada mana-mana bahagian dalam PGGMB. Jika ada, hendaklah dijelaskan terlebih dahulu.
- Tertakluk kepada ceraian-ceraian (a), (b) dan (c) di atas, derma hanya diberikan setelah pemohom menjadi ahli PGGMB selama satu tahun.